Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Sesi Asia

67

Dolar Australia menjunam pada Selasa selepas penetapan kadar faedah Reserve Bank of Australia pukul 12.30 tengah hari tadi.

Bank pusat Australia itu mengekalkan kadar faedah di paras terendah 1.50% seterusnya memperlihatkan Aud/Usd tertekan hampir 80 pip setakat pukul 1.40 tengah hari.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain juga susut 0.02% kepada 95.93. Usd/Jpy setakat ini jatuh 46 pip kepada 112.92.

Untuk pengetahuan pembaca, pasaran US ditutup hari ini sempena hari kemerdekaan.

Jualan runcit di Australia yang dikeluarkan pagi tadi merekod kenaikan 0.6% dari bulan ke bulan melebihi jangkaan 0.2% kenaikan, namun masih gagal mengurangkan junaman oleh Aud/Usd.

US dolar dalam sesi Isnin meningkat berbanding matawang utama yang lain disokong oleh data sektor pembuatan yang melebihi jangkaan pasaran. Dengan data yang semakin baik semalam, ia dilihat menambah sedikit keyakinan kepada satu lagi kenaikan kadar faedah di US tahun ini.

Data US semalam menunjukkan aktiviti sektor pembuatan melonjak ke paras tertinggi tiga tahun lalu pada Jun. Ia juga memprlihatkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh di US setakat ini.

Matawang Pound dan Euro adalah dua matawang yang banyak menghalang pengukuhan US dolar sejak beberapa bulan ini berikutan data-data dan sentimen positif. Terbaru Gabenor Carney dan Presiden ECB Draghi memberikan komen positif terhadap polisi monetari negara masing-masing dan menyokong kedua-dua matawang sepanjang minggu lalu.

“Pasaran seperti mempunyai pandangan yang bertentangan dengan pendirian kami tentang aktiviti ekonomi tidak sepenting inflasi dalam penetapan polisi monetari,” kata penganalisis Silvia Ardagna di Goldman Sach. “Mungkin ini disebabkan momentum dalam aktiviti ekonomi yang semakin berkurangan dari paras tertinggi dan pertumbuhan masih kekal di atas trend, di mana inflasi melebihi sasaran bank pusat.” Tambah Silvia dalam memberi pendapat terhadap ekonomi UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat