Pergerakan Semasa Pasaran Forex Pada Awal London Open

350

US dollar didagang tidak banyak berubah pada Jumaat berbanding matawang-matawang utama yang lain dengan sentimen pasaran yang tidak menentu ketika ini.

Terbaru Presiden Trump mengancam untuk mengenakan tariff kepada China sehingga $100 billion yang menambah kebimbangan pasaran. Tetapi ancaman tersebut tidak banyak memberi kesan kepada Yen khususnya. Yen hanya menguat sementara pada awal sesi Asia dan kemudian melemah semula.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.06% setakat pada pukul 3 petang.

EUR/USD setakat ini susut 0.10%, GBP/USD susut 0.09% dengan USD/JPY naik 0.02% dan USD/CAD naik 0.29%.

Matawang yang paling banyak melemah pada Jumaat adalah dua matawang negara yang banyak bergantung kepada eksport ke China. Tidak lain tidak bukan, ia adalah Australia dan New Zealand. AUD/USD dan NZD/USD setakat pada pukul 3.07 petang masing-masing susut 0.21% dan 0.38%.

Walaupun dengan ancaman Trump itu, pasaran dilihat tidak banyak terkesan dengan matawang Yen setakat ini kekal lemah kecuali pada awal sesi Asia. Yen pada awal pembukaan pasaran Eropah masih susut dengan GBP/JPY jatuh 0.07%, EUR/JPY jatuh 0.09% dan AUD/JPY jatuh 0.18%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat