Pergerakan Semasa Pasaran Forex Pada Awal Sesi Eropah

242

Sentimen pasaran pada awal sesi dagangan Eropah pada hari Jumaat lebih menyebelahi matawang yang mempunyai pulangan tinggi AUD dan NZD. Kedua-dua matawang ini muncul sebagai matawang terkuat berbanding matawang utama yang lain dengan sentimen pasaran yang beransur pulih berikutan laporan tentang undangan Amerika terhadap China bagi merundingkan isu perdagangan mereka.

Hanya dua data penting yang telah dikeluarkan pada hari Jumaat iaitu data ‘pelaburan tetap’ dan ‘pengeluaran industri’ dari China pada pukul 10 pagi tadi.

Data secara umumnya dilihat sebagai bercampur-campur di mana pelaburan hartanah di China bergerak sederhana pada bulan Ogos yang menimbulkan kebimbangan kesan daripada perang-dagang AS-China. Data pelaburan aset tetap yang boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada aktiviti ekonomi juga perlahan pada bulan Ogos.

Dalam perkembangan berlainan, data pengeluaran industri sedikit tinggi dengan peningkatan 6.1% berbanding jangkaan dan bacaan sebelum ini 6.0%.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain merosot 0.10% setakat pada pukul 3.49 petang pada Jumaat.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang naik 0.26%, di mana GBP/USD didagang 0.18% lebih tinggi. USD/JPY pula merosot sebanyak 0.09%, manakala USD/CAD susut 0.05%. USD/CHF membuat penurunan 0.19%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat kenaikan 0.22% dan 0.35% setakat ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat