Pergerakan Semasa Pasaran Forex Pada Awal Sesi New York – GBP Matawang Terkuat

455

US dollar mengekalkan kekuatannya pada awal sesi New York hari ini berbanding enam matawang yang lain selepas mendapat sokongan berterusan oleh Hasil-Bon 10 tahun AS (US 10-yr Treasury yields). Hasil-bon membuat sedikit penurunan dalam awal sesi Eropah pada Selasa sekaligus menyebabkan US dollar sedikit tertekan, tetapi menguat semula pada masa artikel ini ditulis.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain tidak banyak berubah setakat ini dengan hanya susut 0.06%.

Kini Hasil-Bon 10 tahun AS naik semula ke paras menghampiri 3% selepas jatuh pada awal sesi Eropah. Ia kini berada di sekitar 2.992% dengan US dollar kekal kukuh ketika ini.

Major pair EUR/USD setakat pada pukul 9.20 malam naik 0.07% dengan GBP/USD naik 0.19%. USD/JPY pula naik 0.28%, USD/CAD jatuh 0.09% dan USD/CHF jatuh 0.01%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing naik 0.08% dan jatuh 0.41%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah GBP dan matawang paling lemah adalah Yen dan NZD. Dengan menggabungkan matawang kuat dan lemah, pair GBP/JPY setakat ini telah naik 0.47% (+71 pip) dan GBP/NZD naik 0.60% (+117 pip).

Tiada sebab yang jelas kepada kenaikan matawang GBP ketika ini walaupun matawang ini dilihat menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain. Setakat ini tiada berita yang dianggap menyebabkan penguatan matawang GBP.

US dollar masih mendapat sokongan daripada Hasil-Bon kerajaan AS yang menjadikan pasaran bon di Amerika ketika ini lebih menarik. Yen kekal lemah dengan peningkatan Hasil-Bon 10 tahun AS menyebabkan peralihan pelabur-pelabur Jepun ke AS untuk mendapatkan hasil pelaburan yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat