Pergerakan Semasa Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Eropah

352

US dollar bergerak lebih rendah berbanding matawang yang lain pada hari Jumaat dengan pelabur sedang menunggu tindakan terbaru dari AS sama ada menambah tariff terhadap China.

Matawang yang paling banyak tertekan setakat ini adalah AUD di mana ia melemah sehingga 0.83% berbanding Sterling.

Trump berkemungkinan meletakkan tariff terhadap $200 billion import China pada hari Jumaat. China pula berkata ia akan membalas sebarang tariff yang dikenakan terhadap mereka.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini merosot sebanyak 0.11% setakat pada pukul 5.46 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini naik 0.19%, di mana GBP/USD didagang tidak berubah. USD/JPY pula hanya meningkat 0.01% jatuh dari paras tertinggi hari ini, manakala USD/CAD jatuh 0.05%. USD/CHF membuat kenaikan 0.02%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan 0.57% dan 0.20% setakat ini.

AUD ketika ini tertekan disebabkan ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara AS-China sekaligus mencetuskan sentimen Risk-Off pada Jumaat.

“Kebimbangan terhadap pasaran telah mengukuhkan matawang safe-haven dan pasaran kekal fokus kepada perkembangan perang dagang berbanding data ekonomi Amerika,” demikian kata Ulrich Leutchtmann, strategist matawang di Commerzbank.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat