Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

42

US dolar bergerak stabil berbanding matawang utama yang lain pada Khamis selepas minit mesyuarat The Fed menunjukkan pendirian yang bercampur-campur dalam kalangan ahli khususnya tentang perjalanan kenaikan kadar faedah di masa hadapan.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain berada di sekitar paras 96.00 naik 0.03% setakat pukul 3.45 pm.

Ahli The Fed juga mempersoalkan kenapa keadaan pasaran kewangan tidak mendapat kesan daripada kenaikan kadar faedah baru-baru ini di mana harga ekuiti kekal di paras tinggi.

Bulan lalu The Fed mengundi 8-1 untuk menaikkan kadar faedah daripada 1.00% kepada 1.25% yang merupakan kenaikan ketiga dalam tempoh enam bulan, yang menunjukkan isyarat keyakinan bank pusat terhadap perkembangan ekonomi.

Namun, petunjuk inflasi utama The Fed meleset semula kepada 1.4% pada Mei.

Pemain-pemain pasaran kini mengalihkan perhatian mereka kepada data-data terbaru dari US untuk mendapatkan arah pergerakan ekonomi terkini.

Menjelang pembukaan pasaran US malam ini, data pekerjaan ADP-NFP akan dikeluarkan pukul 8.15 pm bersama dengan data PMI sektor pembuatan, seterusnya jumlah tuntutan pengangguran pukul 10 pm.

Berbanding Yen, US dolar tidak banyak berubah dan hanya mengukuh 0.05% setakat pukul 4 pm. Eur/Usd turut didagang mendatar dengan hanya naik 0.03% setakat ini.

European Central Bank juga akan mengeluarkan minit mesyuarat bank pusat hari ini. Pasaran juga dijangka memberi perhatian kepada maklumat lanjut dalam mesyuarat ECB pada Jun.

Sterling tidak banyak berubah setakat dagangan hari ini dengan hanya melemah  0.01%.

Pasaran dijangka bergerak lebih pantas menjelang pengumuman data ADP-NFP malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat