Pergerakan & Sentimen Semasa Pasaran Forex Setakat Malam Ini

664

US dollar menjadi matawang paling kuat setakat pada pukul 10.42 malam pada Selasa dengan matawang greenback kini mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain.

Dengan pengukuhan US dollar ketika ini, emas seperti biasa mengalami kejatuhan. Emas dalam pasaran hadapan Comex setakat ini merekodkan kejatuhan sehingga 0.90% dengan membuat kejatuhan dari paras tertinggi lima minggu yang lalu.

Dengan kejatuhan aset safe-haven seperti emas mengesahkan lagi sentimen positif pasaran ketika ini. Aset safe-haven seperti Emas, Yen dan Swissy membuat lonjakan pada minggu lalu berikutan sentimen risk-off yang tercetus disebabkan oleh Amerika Syarikat khususnya dalam soal tariff terhadap China.

Kini sentimen semakin pulih selepas China menawarkan rundingan dagangan kepada Amerika Syarikat. China dilaporkan bersedia untuk membeli lebih banyak semikonduktor dari A.S. dan juga bersedia untuk membuka sektor kewangannya kepada pelaburan asing.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang utama yang lain naik 0.47% setakat pada pukul 10.53 malam.

Matawang GBP dan Euro membuat penurunan yang agak banyak pada Selasa, dengan GBP/USD jatuh sehingga 180 pip dari paras tertinggi. Namun, ia membuat lonjakan semula sehingga 90 pip selepas jatuh ke paras terendah 1.4065.

EUR/USD pula merosot disebabkan tindakan berhati-hati pelabur terhadap data-data ekonomi yang merosot di Zon Eropah. Selain itu, pengukuhan US dollar juga menjadi sebab utama kepada kelemahan Euro berbanding matawang utama yang lain pada Selasa.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat