Pergerakan Terkini Matawang Sebelum Fed Cetus Huru-hara

1,281

Pergerakan berhati-hati matawang menghiasi pasaran sesi Eropah menjelang pengumuman dasar Federal Reserve (Fed) dan ketika isu mengenai Evergrande telah beransur-ansur mereda.

Syarikat hartanah gergasi di China itu telah berjanji untuk membayar hutang mereka dan ini telah memberikan sedikit kelegaan buat pelabur. People’s Bank of China (PBOC) pula telah menyuntik lebih banyak kecairan ke pasaran.

Tumpuan pelabur kini dialihkan pula kepada keputusan mesyuarat polisi FOMC pada awal pagi Khamis nanti yang dijangka akan mengekalkan dasar monetari tidak berubah. Namun, pelabur mengharapkan isyarat lebih jelas dari Fed mengenai bila pengurangan pembelian aset akan bermula.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama diniagakan stabil 93.23.

Dolar Aussie dan kiwi yang melonjak pada awal sesi Asia, kembali mengurangkan keuntungan selepas reaksi dari berita mengenai Evergrande sebelum ini telah mula berkurang.

Sementara itu, matawang euro pula diniagakan sedikit berubah ketika para pelabur dilihat lebih berwaspada dalam meletakkan posisi menjelang pengumuman penting dari bank pusat AS.

Matawang pound pula terus didagangkan suram di sekitar paras terendah satu bulan, ketika pelabur menilai langkah yang akan diambil oleh Bank of England (BOE) pada mesyuarat polisi esok.

Dalam pada itu, Bank of Japan (BOJ) meninggalkan kadar faedah tidak berubah seperti dijangkakan. Pergerakan matawang yen lebih dipengaruhi oleh krisis Evergrande yang didagangkan di sekitar harga 109.50 berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat