Pergerakan Terkini Pasaran Forex Menjelang News F.O.M.C

754

Sentimen beralih kepada Risk-Off sejak awal dagangan hari Rabu sehingga menyebabkan kejatuhan kepada majoriti indeks saham di Eropah.

Data ADP-NFP yang dikeluarkan pada pukul 8.15 malam tadi tidak banyak memberi kesan signifikan kepada US dollar. Amerika Syarikat merekodkan tambahan 219,000 pekerjaan pada Julai lebih daripada jangkaan 186,000.

Indeks PMI sektor pembuatan UK yang dikeluarkan pada petang tadi sedikit meleset daripada jangkaan. UK merekodkan bacaan 54.0 kurang daripada jangkaan 54.2.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan sehingga 0.03% setakat pada pukul 8.43 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini susut 0.03% di mana GBP/USD naik 0.11%. USD/JPY setakat ini pula naik hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.01%, USD/CAD naik 0.05% dengan USD/CHF membuat kenaikan 0.10%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing merekodkan kejatuhan sebanyak 0.18% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah GBP dan matawang paling lemah adalah NZD dan AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang GBP/NZD dan GBP/AUD naik sebanyak 0.25%.

Matawang GBP menjadi matawang terkuat setakat ini menjelang pengumuman dasar monetari Bank of England (BOE) pada Khamis.

Penetapan polisi Federal Reserve (The Fed) akan menjadi tumpuan pasaran pada awal pagi Khamis di mana kenyataan polisi akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi. Tiada sidang media oleh Powell dan tiada unjuran terbaru terhadap data ekonomi yang akan dikeluarkan dalam mesyuarat kali ini. Oleh itu, tumpuan pasaran akan fokus kepada kenyataan dasar monetari bank pusat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat