Pergerakan Terkini Pasaran Forex Menjelang Penutupan Market Awal Pagi Nanti

1,003

Matawang US dollar melemah selepas data pekerjaan Amerika Syarikat dikeluarkan apabila tambahan pekerjaan meleset daripada jangkaa pasaran.

Data NFP merekodkann tambahan pekerjaan di Amerika Syarikat sebanyak 157,000 pada bulan Julai, tetapi kurang daripada jangkaan. Pasaran menjangka tambahan sebanyak 191,000 pekerjaan dengan kadar gaji (Average Earnings) merekodkan bacaan sejajar dengan jangkaan pasaran. Data yang lebih penting iaitu kadar gaji (Average Hourly Earnings) meningkat 0.3% menepati jangkaan pasaran.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain hampir tidak berubah setakat pada pukul 9.34 malam.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini susut 0.18% di mana GBP/USD susut 0.16%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.25%, USD/CAD naik 0.20% dengan USD/CHF didagang hampir tidak berubah, naik 0.01%. Pair AUD/USD membuat kenaikan 0.29% dengan NZD/USD jatuh sehingga 0.31% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY dan matawang paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang NZD/JPY jatuh sehingga 0.50% setakat ini.

Terdapat aktiviti pengambilan untung menjelang pengumuman data NFP pada Jumaat yang mana kita melihat kelemahan US dollar secara keseluruhan sekitar pukul 7 petang.

Indeks PMI sektor perkhidmatan UK yang dikeluarkan petang tadi meleset daripada jangkaan. Data hanya merekodkan bacaan 53.5 kurang daripada jangkaan 54.7.

Data imbangan perdagangan (trade balance) Kanada yang dikeluarkan pada pukul 8.30 malam tadi begitu memberangsangkan di mana defisit lebih rendah daripada jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat