Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Akhir Dagangan Minggu Ini

897

US dollar ketika ini jatuh dari paras tertinggi yang dicapai pada Jumaat berbanding beberapa matawang utama yang lain. Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain susut 0.04% setakat pada pukul 10.33 malam.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan paling lemah adalah Yen dan NZD. Matawang Swissy yang pada mulanya lemah pada sesi Asia dan Eropah kini menguat pada sesi New York. Kelemahan Yen juga dilihat semakin berkurangan di mana terdapat tanda bahawa matawang safe-haven membuat pemulihan.

Emas pada ketika ini juga membuat kenaikan sejak dua jam lepas.

Masih tidak dapat dipastikan sebab kepada pemulihan aset safe-haven sejak pukul 8 malam tadi. Dengan kejatuhan matawang Yen dan Swissy sejak awal minggu, pergerakan ini dilihat sebagai aktiviti pengambilan untung oleh pemain-pemain pasaran pada hari terkahir dagangan minggu ini.

Major pair seperti EUR/USD hampir tidak berubah ketika ini selepas ia bergerak volatile (naik-turun) pada Jumaat. GBP/USD pula naik 0.13%, AUD/USD naik 0.35%, dan USD/JPY naik 0.21%.

US dollar dilihat mengalami kesukaran untuk membuat kenaikan selepas melonjak pada Khamis. Kenaikan tersebut dipandu oleh minit mesyuarat FOMC yang hawkish di mana ahli bank pusat melihat ekonomi begitu kuat dan yakin dengan kenaikan inflasi di masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat