Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Awal Pembukaan Sesi New York

591

US dollar dijangka menamatkan minggu ini dengan prestasi kukuh dengan sentimen pasaran yang agak baik sepanjang minggu ini. Bukan itu sahaja, US dollar banyak disokong oleh kenaikan kadar faedah jangka panjang di Amerika Syarikat. Kadar faedah jangka panjang yang dimaksudkan adalah hasil-bon 10-tahun AS (10-yr Treasury yield) yang kini melepasi paras 2.90%.

US dollar setakat ini membuat kenaikan dengan indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.40%.

Major pair EUR/USD pada awal sesi New York jatuh sebanyak 0.55% dengan GBP/USD jatuh sebanyak 0.43%. USD/JPY pula naik 0.37% dengan USD/CAD naik 0.39%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing jatuh 0.82% dan 0.92%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah US dollar, manakala matawang paling lemah adalah NZD. Pergerakan besar jelas dilihat kepada NZD/USD dengan membuat kejatuhan sebanyak 0.92%.

Apa sebab kenaikan USD? Sudah tentu ia disebabkan kenaikan hasil bon AS. Kenaikan ini pula dipacu oleh jangkaan kadar faedah yang lebih tinggi di masa hadapan dengan inflasi dijangka akan terus meningkat.

US dollar banyak ditekan beberapa bulan ini khususnya oleh polisi perdagangan Presiden Trump. Duta China ke Amerika Syarikat pada Jumaat mengatakan jika AS memulakan perang perdagangan, China tidak hanya akan berdiam diri tetapi akan membalas semula tindakan itu.

Kejatuhan NZD pada Jumaat banyak disebabkan oleh kenaikan hasil pelaburan di Amerika Syarikat yang ditunjukkan dengan hasil bon AS. Dengan kenaikan ini, pasaran bon di AS dilihat lebih menarik berbanding di New Zealand sekaligus menyebabkan pelabur banyak beralih ke pasaran bon kerajaan Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat