Pengerusi eksekutif dan pengasas bersama Ripple, Chris Larsen menasihatkan pelombong Bitcoin untuk berhenti daripada menggunakan konsensus Proof-of Work (PoW).
Jelasnya, cara ini mampu mendorong peningkatan harga saham syarikat perlombongan dengan cadangan kod baharu memasukkan insentif yang lumayan untuk raih sokongan mereka.
Sebagai rekod, PoW menjadi perbualan hangat sepanjang 2021 kerana isunya yang berkait rapat dengan kesihatan alam sekitar.
Inilah sebab mengapa pengasas Tesla, Elon Musk secara tiba-tiba menghentikan penerimaan Bitcoin sebagai medium pembayaran produknya.
Sementara itu, Ethereum pula sedang beralih kepada Proof-of-Stake (PoS) melalui beberapa penambahbaikan seperti hard fork London, dan kemaskini Altair, serta Arrow Glacier.
Nasib Bitcoin (BTC) tanpa PoS
Larsen yakin jika PoS tidak diterima, Bitcoin berpotensi untuk ‘dipulaukan’. Jaminan untuk pelombong menerima kehadiran PoS sukar dijangka tetapi mungkin cadangan ini ditolak mentah-mentah oleh kebanyakan syarikat perlombongan.
Tetapi Larsen mencadangkan ‘cadangan yang lebih adil’ dengan mengedarkan sebanyak 900 BTC sehari daripada ganjaran blok dan kira-kira 2.1 juta BTC lagi diedarkan sepanjang 2140.
Menurutnya penyelesaian tersebut tidak terlalu berisiko untuk Bitcoin yang beralih daripada situasi semasa kepada teknologi yang lebih mesra alam melalui penawaran faedah ekonomi yang tinggi dan pendapatan yang lebih menguntungkan.
Kenyataan Larsen ini lebih menyasarkan kepada pelombong Amerika Syarikat (AS) seperti Stronghold Digital Mining (SDIG), Hive Blockchain Technologies (HIVE), Canaan (CAN), Riot Blockchain (RIOT), BIT Mining (BTCM), Bit Digital (BTBT), Bitfarms (BITF), dan Marathon Digital Mining (MARA).