Perkembangan NAFTA & Tariff AS Membenam Dolar Kanada

716

Dolar Kanada membuat penurunan sejak pukul 7 petang tadi apabila perkembangan terbaru perjanjian NAFTA dan tariff keluli/aluminium menghiasi sentimen pasaran hari ini.

Hari ini adalah hari terakhir untuk pegawai-pegawai perunding NAFTA membuat keputusan terhadap rundingan pusingan terbaru ini selepas Presiden Trump mengumumkan tariff import terhadap keluli dan aluminium pada minggu lalu.

Amerika Syarikat dijangka akan memutuskan tariff 25% terhadap keluli dan 10% terhadap aluminium pada minggu ini. Perkara ini adalah cabaran besar kepada perunding daripada ketiga-tiga negara di mana Kanada dan Mexico sudah tentu tidak akan bersetuju.

Menteri dari Kanada dan Mexico dijangka akan cuba meminta supaya mereka dikecualikan daripada bentuk halangan perdagangan seperti ini (tariff).

Namun, belum sempat hasil daripada rundingan NAFTA dilaporkan pada Isnin, Trump mengeluarkan tweet terbarunya seperti di bawah sejam yang lepas.

Pendirian terbaru oleh Trump ini menunjukkan kesukaran kedua-dua negara Kanada dan Mexico untuk mendapatkan perjanjian yang menguntungkan mereka. Jelas Trump mengatakan, ‘jika mereka mahu dikecualikan daripada tariff keluli dan aluminium, mereka perlu bersetuju dengan kemahuan Amerika Syarikat dalam perjanjian NAFTA yang baru.’

Kanada dilihat dalam keadaan rugi jika memilih salah satu daripada dua pilihan tersebut. Jika mereka mahu dikecualikan daripada tariff keluli, berkemungkinan Kanada masih berhadapan dengan cukai-cukai import yang lain dalam perjanjian NAFTA. Oleh sebab itu, terdapat kejatuhan Dolar Kanada (CAD) sejak pukul 7 petang tadi.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat