Perkembangan Semasa Pasaran Emas dan US Dolar

69

Tidak banyak perubahan yang berlaku dalam pasaran sejak Isnin terutamanya kepada emas yang masih lagi berada di sekitar support penting walaupun jangkaan adalah ia akan mengalami kejatuhan lagi dalam jangka masa sederhana.

Harga emas sedikit mengukuh pada sesi US pada Isnin tetapi melemah semula selepas hampir mencapai paras $1,215.

Jangkaan terhadap pengetatan polisi monetari bank pusat global beberapa bulan akan datang memberi tekanan kepada emas.

Walaubagaimanapun, tiada perkembangan baru dalam sesi dagangan US yang akan mengurangkan potensi pergerakan emas dan masih tiada pergerakan menuju support $1,200.

US dolar pada Selasa gagal meneruskan pengukuhan terhadap Euro tetapi mengukuh berbanding Sterling sejak tiga jam lalu.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain kali terakhir dilihat di sekitar 95.84 dan setakat pukul 11 pm hanya naik 0.03%.

Dari kalangan matawang utama dunia, US dolar paling banyak mengukuh berbanding Loonie, Yen dan Sterling yang masing-masing melemah 0.23%, 0.37% dan 0.29% setakat ini.

Sterling banyak terkesan daripada komen oleh Timbalan Gabenor Ben Broadbent yang mengatakan pengurangan dagangan antara UK-EU akan memberi kesan buruk kepada UK. Faedah daripada eksport perkhidmatan perniagaan dan kewangan akan terlepas begitu sahaja di samping meningkatkan beberapa kos yang lain termasuk makanan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat