Perkembangan Terkini Ekonomi Eropah Masih Kurang Meyakinkan

64

Pemulihan ekonomi Eropah belum betul-betul kukuh yang akan terus memberi kebimbangan dengan ketidaktentuan politik yang semakin meningkat. Hal ini dikatakan sendiri oleh Ketua Ekonomi ECB, Peter Praet pada Khamis.

Walaupun petunjuk ekonomi baru-baru ini menunjukkan keyakinan yang semakin tinggi, tetapi Praet memberi amaran bahawa pemulihan banyak bergantung kepada sokongan yang telah diberikan oleh European Central Bank (ECB).

Dengan pertumbuhan ekonomi menunjukkan tren kenaikan, ada beberapa pembuat polisi yang konservatif tidak mahu polisi diketatkan.

Praet berkata di London, “Walaupun pemulihan semakin kukuh di wilayah Eropah, petunjuk ekonomi semakin memberi keyakinan di semua sektor, tetapi risiko semakin meningkat dalam politik walaupun pasaran seakan tidak menyerap risiko ini”.

“Ketidaktentuan inilah yang akan menjadi kebimbangan dan juga akan memberi kesan kepada ‘downside risk‘ kepada ekonomi di masa hadapan”. Kata Praet kepada sidang.

Dalam penutup ucapan, beliau mengatakan bahawa polisi monetari tidak boleh memastikan semua objektif makroekonomi dicapai. Perubahan struktur juga penting bagi pengukuhan ekonomi yang akan memberi faedah kepada semua penduduk di Zon Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat