Perkembangan Terkini Yang Menimpa Dagangan Emas Dalam Sesi Asia

51

Harga emas mencatatkan kenaikan sederhana dalam sesi Asia pada Jumaat disamping kadar permintaan dari China yang masih diletakkan sebagai fokus.

Emas bagi penghantaran Jun di bahagian Comex New York Merchantile Exchange meningkat sebanyak 0.04 peratus kepada $1,256.88 satu troy ounce.

Semalam, dagangan emas dicatat stabil pada Khamis selepas minit Mesyuarat Fed Mei menimbulkan kebimbangan sama ada Fed akan meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar sebanyak dua kali lagi tahun ini.

Menurut minit mesyuarat 2 hingga 3 Mei yang dikeluarkan pada Rabu, sebahagian besar pegawai Fed berkata bahawa peningkatan kadar faedah jangka pendek diperlukan tidak lama lagi sekali gus mencerminkan bahawa Fed telah bersedia untuk menaikkan kadar faedah pada mesyuarat bulan Jun.

Menurut Fed rate monitor tools, hampir 80 peratus daripada pelabur menjangkakan bahawa Fed akan menaikkan kadar bulan depan.

Namun begitu, pandangan agresif ini diimbangi oleh komen daripada ahli Fed yang mengatakan bahawa beberapa petunjuk diperlukan bagi membuktikan bahawa kelemahan dalam suku pertama ini bersifat sementara.

Pertumbuhan ekonomi AS yang diukur melalui data KDNK juga dikeluarkan meningkat sebanyak 0.7 peratus iaitu tempoh yang paling perlahan sejak 2014.

Satu lonjakan dalam Dollar bagaimanapun memberi kesan kepada harga emas yang turun ke paras terendah disebabkan data tuntutan pengangguran yang dicatat positif.

Kenaikan Kadar Faedah AS Pada Bulan Jun dianggap Terlalu Agresif : James Bullard

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat