Perlunya Bersabar Dengan Polisi Pelonggaran Monetari Ini – Draghi

37

Polisi pelonggaran monetari ECB berfungsi dengan baik dan pemulihan ekonomi Zon Eropah akan berkekalan walaupun lebih banyak masa diperlukan untuk mencapai sasaran inflasi 2%, kata Presiden ECB Mario Draghi pada Jumaat.

Draghi menyatakan keyakinannya bahawa sasaran inflasi akan dapat dicapai dengan peningkatan pengeluaran ekonomi dan pasaran buruh yang semakin ketat (semakin baik). Jelas di sini, mulanya beliau menunjukkan perlunya bersabar untuk mencapai sasaran inflasi 2%, tetapi yakin untuk mencapai sasaran tersebut.

“Kami yakin dengan ‘output gap’ yang semakin kecil, inflasi 2% juga akan dapat dicapai dalam jangka masa sederhana,” kata Draghi. “Dalam masa yang sama, kami perlu bersabar kerana faktor pasaran buruh dan juga produktiviti yang rendah memerlukan masa untuk diatasi.”

Output gap adalah perbezaan antara keluaran sebenar (actual output) ekonomi dan potensi keluaran (potential output). Potensi pengeluaran adalah amaun maksimum barang dan perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Untuk pengetahuan pembaca, ECB sebelum ini memberi isyarat untuk membincangkan tentang pengurangan rangsangan pada musim luruh (September).

“Kita masih belum melihat inflasi boleh bergerak dengan sendirinya ke arah sasaran 2%,” kata Draghi. “Oleh itu, polisi monetari akomodasi masih diperlukan,” tambah beliau.

EUR/USD mencapai paras tertinggi dua setengah tahun lalu di mana pasangan matawang ini naik sehingga 1.00% pada Jumaat yang merupakan kenaikan terbesar sejak dua bulan lalu.

Matawang tunggal euro melonjak selepas ucapan oleh Presiden Draghi yang tidak menekankan kebimbangan terhadap pengukuhan matawang euro walaupun ia telah dinyatakan dalam minit mesyuarat sebelum ini. Hal ini disokong lagi dengan pendapat beliau secara keseluruhan bahawa ekonomi Zon Eropah semakin mendapat momentum.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat