Permulaan Kurang Baik Buat Matawang Ini Susulan Ucapan Janet Yellen

646

Dolar greenback dibuka rendah pada awal pasaran sesi Asia, sementara euro terus meningkat berikutan sentimen pelabur yang meningkat berikutan tinjauan sentimen yang lebih baik di Jerman dan perbincangan perbelanjaan besar oleh calon Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen.

Dalam keterangan Yellen di hadapan Jawatankuasa Kewangan Senat, beliau telah menggesa penggubal undang-undang untuk ‘bertindak besar’ dalam pakej rangsangan coronavirus dan tidak terlalu bimbang tentang hutang.

Selain itu, keterangan bekas pengerusi Federal Reserve itu turut mencadangkan bahawa pentadbiran Biden akan menyesuaikan dasar untuk dolar.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan sekitar paras harga 90.40.

Euro pula didagangkan stabil di atas paras harga 1.21000 susulan penyusutan US dolar, selain turut disokong oleh laporan tinjauan sentimen pelabur ZEW yang lebih baik daripada jangkaan pasaran.

Perhatian pasaran seterusnya terarah pada pelantikan rasmi Joe Biden sebagai Presiden AS pada hari Rabu (waktu tengah hari Washington), dengan menfokuskan kepada ucapan beliau mengenai dasar yang akan dilaksanakan dalam pentadbirannya.

Sementara itu, peningkatan dagangan pound sterling meraih sokongan dari ramalan positif ketua ekonomi Bank of England (BOE) bahawa ekonomi Britain mula pulih pada separuh kedua tahun ini.

Dolar loonie pula didagangkan berhati-hati menjelang upacara pelantikan Biden dan mesyuarat polisi Kanada pada malam ini yang dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di tahap terendah 0.25%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat