Permulaan Minggu yang Agak Malang Buat US Dollar

62

US Dollar jatuh hampir 1 peratus berbanding Yen pada Isnin berikutan kebimbangan terhadap dasar oleh Donald Trump yang dikhuatiri bakal mencetuskan perang perdagangan dengan China. Selain itu,rundingan semula NAFTA dan TPP juga akan menambah kawalan terhadap perdagangan global.

USD/JPY merosot kepada 0.87 peratus. Sementara itu pair AUD/USD dan GBP/USD masing-masing meningkat sebanyak 0.15 peratus dan 0.37 peratus.

USD/JPY, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding matawang lain kali terakhir dinilai menjunam sebanyak 0.14 peratus. Indek ini telah meningkat sebanyak 3.5 peratus sejak kemenangan Trump di dalam pilihanraya yang lepas.

Namun begitu, indeks ini telah merosot sebanyak 1.49 peratus berikutan kebimbangan terhadap pendirian Trump baru-baru ini yang menyifatkan bahawa matawang itu melonjak terlalu kuat.

Dalam masa yang sama, ucapan Mario Draghi juga amat dinantikan oleh pasaran minggu ini.

Mario Draghi Beri Amaran Buat Mana-Mana Negara yang Berhajat Meninggalkan Zon Euro!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat