Perodua Mungkin Kaji Semula Harga Berikutan Kejatuhan Ringgit

45

Umum mengetahui Ringgit telah mengalami kejatuhan tertinggi berbanding US dolar sejak beberapa minggu ini berikutan pilihanraya presiden US dan jangkaan kenaikan kadar Fed Fund Rate US. Ada pendapat mengatakan kejtauhan Ringgit memberikan faedah kepada Malaysia dari segi eksport kerana nilai Ringgit yang semakin murah menyebabkan harga barang Malaysia juga menjadi murah.

Hal ini sememangnya memberikan keuntungan kepada pengeksport domestik ke luar negara kerana mampu meningkatkan permintaan global terhadap barangan buatan Malaysia. Walaubagaimanapun, bagi barangan yang memerlukan barangan luar negara dalam proses pembuatan akan menyukarkan syarikat Malaysia dari segi kos pengeluaran, lebih-lebih lagi pembekal adalah dari negara seperti Amerika dan Jepun.

Produa syarikat automobil terkemuka negara tidak terlepas dari kebimbangan penurunan nilai Ringgit. Mereka mengatakan sedia untuk mengkaji semula nilai harga pasaran kereta buatan mereka jika Ringgit meneruskan penyusutan berbanding matawang utama dunia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Aminar Rashid Salleh berkata, hal ini berikutan transaksi pembuatan kereta itu dilakukan menggunakan dolar US dan Yen Jepun.

“Jika ringgit terus lemah berbanding dolar AS, terdapat kemungkinan untuk mengkaji semula harga kereta kami tahun depan.

“Sebagai pengilang kereta harga patut, menyemak semula harga kereta kami adalah tugas yang sukar kerana ia melibatkan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan seperti kerajaan, pemegang saham dan vendor,” Aminar dipetik sebagai berkata oleh New Straits Times.

Aminar berkata jualan Perodua merosot 4.8 peratus tahun ini ekoran kelemahan berterusan ringgit berbanding dolar AS serta kelembapan ekonomi semasa.

Malah, Aminar berkata secara keseluruhan 2016 adalah tahun yang paling sukar bagi pengeluar kereta sejak krisis kewangan Asia sekitar tahun 1997 dengan jumlah keseluruhan industri (TIV) turun 15 peratus.

Aminar juga menjangkakan tahun 2017 akan menjadi lebih sukar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat