Perselisihan Rusia-Ukraine Masih Hangat, Harga Minyak Tertinggi 7 Tahun

291

Minyak mentah kekal didagangkan kukuh di paras tertinggi 7 tahun ketika kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik di Timur Tengah terus membelenggu pasaran komoditi hitam.

Menjelang pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan meningkat pada $88.30 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat menguat pada $85.80 setong.

Kedua-dua penanda aras minyak mentah telah menyentuh paras ketinggian terbaharu sejak Oktober 2014 pada sesi dagangan Rabu.

Kebimbangan pasaran terhadap bekalan terus meningkat selepas sekumpulan pemberontak Houthi Yaman menyerang Emiriah Arab Bersatu (UAE), pengeluar minyak ketiga terbesar OPEC.

Sementara Rusia, pengeluar kedua terbesar OPEC telah mengatur pasukan ketenteraannya di sempadan Ukraine, menimbulkan kekhuatiran bahawa ia akan melancarkan serangan yang pastinya akan mencetuskan campur tangan dari Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, aliran minyak mentah melalui saluran paip Kirkuk-Ceyhan telah disambung semula selepas ia dihentikan pada Selasa akibat letupan berhampiran saluran paip di wilayah tenggara Turki, Kahramanmaras.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat