Pertumbuhan Ekonomi AS 3.2%, Tuntutan Pengangguran Bertambah

56

Ekonomi Amerika Syarikat berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh lebih daripada dua tahun pada suku ketiga yang disokong oleh pengukuhan perbelanjaan perniagaan.

Pertumbuhan ekonomi GDP berkembang 3.2% secara tahunan pada suku ketiga berbanding bacaan awal 3.3%.

Ini juga adalah kali pertama ekonomi mencatat pertumbuhan lebih daripada 3% sejak tahun 2014. Dalam bacaan lain, pendapatan dalam negara kasar (GDI) meningkat 2.0% pada suku ketiga di mana bacaan sebelum ini mencatat 2.5%.

Data Tuntutan Pengangguran

Jabatan Buruh AS melaporkan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lepas bertambah jika dibandingkan dengan minggu sebelum itu.

Jumlah individu yang membuat tuntutan faedah/insurans pengangguran pada minggu lepas bagi minggu berakhir pada 15 Disember bertambah sebanyak 20,000 kepada 245,000.

Penganalisis menjangkakan jumlah tuntutan faedah/insurans pengangguran meningkat sebanyak 232,000.

Minggu lalu juga adalah minggu ke-146 tuntutan pengangguran berada di bawah 300,000 yang mana menunjukkan kukuhnya pasaran pekerjaan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat