Pertumbuhan Ekonomi US Pada Suku Keempat Perlahan

39

Bacaan terbaru bagi pertumbuhan ekonomi US (GDP) pada suku keempat kurang memberangsangkan dengan hanya kenaikan 1.9%. Ini lebih rendah daripada bacaan pada suku ketiga yang mencatatkan kenaikan 3.5%.

Perbelanjaan peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) merekodkan kenaikan tahunan sebanyak 2.5% dari 3.0% sebelum ini.

Data pelaburan begitu positif dengan kenaikan sebanyak 10.7% pada suku yang sama, dipandu oleh pemulihan dalam pelaburan penduduk.

Eksport bersih pula memberikan sumbangan yang signifikan kepada kemerosotan data kali ini dengan kejatuhan mendadak dalam eksport pertanian.

Indeks PCE secara keseluruhan (Personal Consumption Expenditure, PCE) meningkat 2.2% dari 1.5% sebelum ini, jika dibandingkan dengan jangkaan kenaikan 2.1%.

Kemerosotan dalam eksport akan menjadi tumpuan, kerana sumbangannya kepada data negatif hari ini. Ditambah lagi dengan pendirian ‘protectionism‘ dalam ekonomi US ketika ini.

US dolar melemah sejurus data dikeluarkan dengan Usd/Jpy jatuh ke paras di bawah 115.00, tetapi tiada penjualan US dolar yang berterusan dilihat dalam pasangan matawang ini pada masa artikel ini ditulis. Eur/Usd sedang menguat dan ketika ini didagangkan di 1.0705.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat