Pertumbuhan Ekonomi US Suku Pertama Perlahan, Kos Pekerjaan Naik Ke Paras Tertinggi Sejak 2008

47

Pertumbuhan ekonomi US pada suku pertama naik 0.7% berbanding jangkaan pertumbuhan di sekitar 1.3% dan bacaan sebelum ini yang merekod kenaikan 2.1% pada suku keempat 2016.

Bacaan kali ini merupakan pertumbuhan yang terendah sejak suku pertama 2014.

Perbelanjaan penggunaan peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) pula semakin perlahan kepada kadar tahunan 0.3% dari 3.5% sebelum ini.

Peningkatan pelaburan salah satu dari komponen pertumbuhan (GDP) naik 4.3% dari 9.4% sebelum ini. Manakala perbelanjaan kerajaan pula hanya meyumbang sedikit kepada penyusutan data pertumbuhan kali ini.

Komponen eksport memulih dengan kukuh pada suku pertama manakala kadar import semakin perlahan dan hanya sedikit sumbangan komponen perdagangan kepada data pertumbuhan kali ini.

Bacaan pertumbuhan suku pertama beberapa tahun lepas juga cenderung mencatat bacaan yang kurnag memberangsangkan. Pertumbuhan pada suku pertama 2016 juga merekod kenaikan 0.8% dengan pertumbuhan negatif pada 2014. Semua ini adalah disebabkan keadaan cuaca di US pada suku pertama setiap tahun.

Impak data kali ini kepada polisi monetari dijangka terhad dengan The Fed akan meneliti perkara ini di samping tren pasaran buruh semasa.

Walaupun data kali ini dilihat kurang memberangsangkan, namun data dari komponen pendapatan peribadi terus mencatat bacaan positif dengan indeks kos pekerjaan meningkat ke paras tertinggi sejak tahun 2008.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat