Pfftt, BNM Kata OPR Ada Peluang Menyembah Bumi Akhir Tahun Ini?

321

‘Secara kasarnya kadar naik atau tak, macam tak beri apa-apa kesan sebab ekonomi Malaysia dikatakan masih mantap.’

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Shamsiah Mohd Yunus menyatakan kemungkinan bahawa kadar dasar semalaman (OPR) tidak akan dinaikkan secara agresif sebelum akhir tahun ini.

Perkara tersebut dinyatakan beliau sebaik pengumuman data keluaran dalam negara kasar (GDP) Malaysia untuk suku ke-2 (Q2) pada Jumaat lepas yang meningkat dari jangkaan.

Ulasnya bahawa kenaikan yang agresif tidak selari dengan visi polisi ‘berperingkat dan berkaedah’ seperti yang ditetapkan sebelum ini.

Tambah beliau lagi jika berlaku kenaikan yang agresif, ia tidak akan menjejaskan momentum pembayaran pinjaman dan ekonomi Malaysia dilihat masih mampu ‘menyerapnya dengan baik’.

Hal ini mungkin merujuk kepada tindakan kenaikan OPR sebanyak 50 mata asas sebelum ini menyusuli kenaikan 25 mata asas semasa Julai dan lagi 25 mata asas pada Mei.

Dalam sidang media yang sama, Gabenor Shamsiah juga mengatakan pertumbuhan GDP bagi Q3 akan lebih tinggi dengan faktor permintaan domestik, penggunaan swasta, pelaburan swasta dan pelaburan awam.

Jelas beliau, permintaan dalam negeri yang meningkat akan mengimbangi penyederhanaan permintaan luar dan atas asas tersebut BNM mengelakkan unjuran pertumbuhan 5.3% hingga 6.3% seperti diumum pada Mac 2022.

Menyentuh mengenai ringgit, Gabenor menyatakan ia bergerak ‘sejajar dengan rakan dagangan lain’ dengan nilai mata wang negara lebih kukuh berbanding serantau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat