Piala Dunia Baik Untuk Pertumbuhan Ekonomi Perancis – Menteri Kewangan

353

Kemenangan skuad Perancis dalam peringkat separuh akhir pada Rabu telah membawa “Les Bleus” ke final piala dunia yang akan berlangsung pada Ahad ini (15 Julai).

Jarang sekali kejohanan sukan dikaitkan dengan perkembangan ekonomi, namun tidak boleh dinafikan dengan kejohanan bola sepak piala dunia. Bola sepak dianggap sebagai sukan nombor satu dan paling banyak dimainkan di seluruh dunia.

Menteri Kewangan Perancis, Bruno Le Maire berkata, kemenangan Perancis akan memberi kesan positif kepada ekonomi negara itu.

Perancis mengalahkan Belgium 1-0 dalam perlawanan semalam, dan akan bertemu dalam peringkat akhir sama ada Croatia atau England. Kedua-dua pasukan ini akan bertembung pada awal pagi Khamis untuk merebut satu lagi slot ke peringkat akhir piala dunia tahun 2018.

“Ia baik untuk pertumbuhan,” kata Le Maire pada Rabu.

Ekonomi Perancis adalah yang kedua terbesar di Zon-Eropah di belakang Jerman, tetapi tetap juga Jerman gagal melepasi peringkat kumpulan. Ekonomi Perancis menunjukkan isyarat yang semakin perlahan sejak Presiden Emmanuel Macron memenangi pilihanraya pada bulan Mei tahun lalu.

Oleh itu, Menteri Kewangan Perancis berpendapat kemenangan piala dunia mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Piala dunia biasanya mampu melonjakkan perbelanjaan pengguna. Di Britain, pengguna lebih banyak berbelanja untuk minuman arak, makanan, dan televisyen berskrin besar pada bulan Jun berdasarkan data yang dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat