Pihak Berkuasa Membekukan Sejumlah RM177 Juta Dari 91 Akaun Milik MBI

207

Pihak berkuasa telah membekukan sejumlah 91 akaun bank yang mempunyai kaitan dengan syarikat skim Kumpulan MBI International yang mengandungi RM177 juta.

Pengarah Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata akaun-akaun tersebut adalah daripada 43 akaun syarikat dan 48 akaun individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan skim yang dijalankan.

Roslan berkata akaun-akaun ini dibekukan berdasarkan maklumat dan bukti yang didapati semasa serbuan Kelab Mfc dan syarikat yang terlibat. Mereka juga disyaki melakukan kesalahan sama ada secara langsung atau tak-langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil dari aktiviti haram, mengambil, menerima dan memproses hasil dari pelbagai aktiviti yang tidak sah dari segi undang-undang.

.”Dalam serbuan yang dijalankan, pelbagai dokumen, maklumat transaksi kewangan, peralatan komputer dan barangan mewah berjenama disita.”

“Ini termasuk dua unit jongkong emas, beg tangan berjenama, jam berjenama dan batu jed.

“Buat masa ini tiada tangkapan yang dibuat. Penyiasatan sedang dijalankan di bawah seksyen 4 Akta Jualan Langsung dan Akta Anti Skim Piramid 1993 kerana menjalankan operasi perniagaan jualan langsung tanpa lesen dan seksyen 27B kerana menjalankan skim piramid.

“Dalam masa yang sama, Bank Negara Malaysia juga menyiasat MBI di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,” kata beliau pada Rabu.

Sebelum ini, pihak berkuasa dari pelbagai agensi bergabung dalam Ops Token pada Isnin terhadap Skim Kelab Mface yang melibatkan enam premis diserbu di sekitar Lembah Klang dan M Mall di Penang.

Serbuan atau operasi ini melibatkan 93 pegawai dari empat agensi seperti Bank Negara, SSM, PDRM dan CyberSecurity Malaysia.

Pernah juga dilaporkan bahawa Kumpulan MBI International disenaraikan daripada 302 syarikat oleh Bank Negara Malaysia supaya tidak terlibat dengan syarikat-syarikat yang tidak berlesen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat