Pihak Berkuasa US Halang Penularan Skim Pelaburan Cryptocurrency

72

Badan kawal selia di Wallstreet memberi amaran pada Rabu kepada selebriti atau individu yang mungkin melanggar undang-undang negara (Amerika Syarikat) dengan mempromosikan pelaburan atau skim initial coin offerings (ICO). Konsep ICO ini adalah sama dengan IPO (initial public offerings), bezanya adalah ICO mendapatkan pelaburan menggunakan nama matawang Crypto (cryptocurrency) dan IPO menggunakan nama saham syarikat.

ICO semakin popular sebagai mekanisma untuk syarikat atau individu mendapatkan dana, yang sebenarnya memudahkan mereka mendapat jutaan ringgit dalam masa yang singkat. Mereka akan mencipta matawang Crypto sendiri dan menjualnya secara online di mana mereka tidak dipantau secara ketat oleh regulator pasaran kewangan.

Sepanjang beberapa bulan lalu, ada beberapa projek dalam media sosial seperti facebook yang mendapat sokongan dari selebriti seperti Paris Hilton dan pemain tinju terkenal antarabangsa Floyd Mayweather.

Berikutan daripada promosi yang dibuat oleh golongan selebriti, Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat (SEC) berkata, tindakan mereka boleh dikira tidak sah di sisi undang-undang jika ‘matawang Crypto’ itu dikira sebagai sekuriti.

“Orang yang mempromosikan ICO tersebut boleh didakwa kerana melanggar undang-undang ‘anti-fraud’ dan juga kerana bertindak sebagai broker yang tidak berdaftar.”

“SEC akan terus fokus kepada promosi seperti ini bagi melindungi pelabur dan memastikan syarikat tersebut termaktub di bawah undang-undang sekuriti.”

SEC menyedari amaran terkini oleh badan-badan regulator antarabangsa terhadap skim ICO yang dipromosikan oleh syarikat dan individu. Ini menjadikan SEC lebih berhati-hati dengan keadaan semasa tren skim pelaburan matawang Crypto.

Autoriti atau badan berkuasa di Switzerland, Britain termasuk Malaysia telah mengeluarkan amaran tentang risiko berkaitan ICO. Manakala regulator di China dan Korea Selatan mengambil langkah yang lebih keras dengan menghalang skim-skim seperti ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat