PMI Sektor Perkhidmatan UK Mengukuh Ke Paras 55.8

88

Indeks PMI sektor perkhidmatan UK pada April mengukuh ke paras 55.8 dari 55.0 sebelum ini. Bacaan kali ini lebih tinggi dari ramalan pasaran 54.6 dan juga merupakaan catatan tertinggi dalam masa empat bulan.

Komponen perniagaan baru meningkat ke paras tertinggi tahun ini dan catatan kedua tertinggi sejak pertengahan 2015. Hal ini mengimbangi kelemahan dalam perbelanjaan pengguna.

Terdapat juga peningkatan dalam komponen pekerjaan dalam sektor ini, di mana kenaikan ‘backlogs’ (tunggakan kerja) juga akan mengekalkan tekanan kepada lonjakan komponen pekerjaan.

Keyakinan dalam perniagaan secara keseluruhan jatuh ke paras terendah lima bulan lalu yang akan menimbulkan keraguan kepada syarikat berikutan impak inflasi tinggi dan bajet isirumah.

Manakala komponen harga input semakin perlahan ke paras terendah 7 bulan lalu, tetapi masih ada tekanan kukuh ke atas terhadap kos. Menurut Markit, data kali ini konsisten dengan pertumbuhan GDP di sekitar 0.6% dari segi sukuan.

Kombinasi antara aktiviti yang kukuh dalam sektor perkhidmatan dan juga tekanan kepada harga akan meningkatkan spekulasi bahawa Bank of England perlu mengurangkan rangsangan monetari.

Matawang GBP menguat sejurus data ini dikeluarkan dengan Gbp/Usd naik dari 1.8880 selepas jatuh ke paras terendah pukul 2 petang tadi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat