Polisi Semasa Dijangka Tidak Akan Diperlukan – Ahli Lembaga ECB

41

Yves Mersch salah seorang ahli lembaga ECB menunjukkan kebimbangan bank pusat terhadap harga pengguna dan penetapan gaji mungkin berubah sejak krisis kewangan yang menjadikan ECB kurang efektif dalam menaikkan pertumbuhan harga kepada sasaran dua peratus.

Walaupun dengan kadar pengangguran yang jatuh secara mendadak, tetapi pertumbuhan gaji masih perlahan. Sasaran iflasi dijangka hanya dapat dicapai sehingga tahun 2019 walaupun dengan polisi akomodasi semasa.

“Kemajuan dalam lojistik menyumbang kepada pertumbuhan global, dan perniagaan E-Dagang telah merevolusikan transparensi harga di seluruh negara,” kata beliau yang bercakap di Kuala Lumpur.

“Kemajuan dalam teknologi boleh memberi kesan kepada bagaimana inflasi domestik bertindak balas kepada kejutan ekonomi.”

Walaubagaimanapun, pendapatnya tentang polisi di masa akan datang adalah positif yang menyokong kepada pengurangan akomodasi dalam polisi monetari.

Alat polisi monetari tak-konvensional yang digunakan sejak krisis kewangan global dijangka tidak akan diperlukan dengan ekonomi global dan bank pusat sedang membuat normalisasi, kata ahli lembaga ECB, Yves Mersch pada Isnin.

“Panduan ke hadapan (forward guidance), pembelian aset, kadar faedah nominal yang negatif dan skim pinjaman yang memberi insentif kepada bank untuk meningkatkan pinjaman kepada pelanggan, adalah digunakan untuk melawan cabaran deflasi dan pertumbuhan rendah pada tempoh krisis pada masa itu.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat