Pound Tak Gayat Naik Tinggi, USD Terkulai Lemah

545

Dagangan matawang pound terus mendapat keuntungan daripada kelemahan dolar greenback, selain turut disokong oleh keyakinan pasaran terhadap pemulihan ekonomi yang lebih kuat.

Ketika perdagangan memasuki sesi Eropah, pound sterling kukuh di atas paras harga 1.40000 berbanding US dolar selepas menembusi paras ketinggian terbaru pada sesi sebelum ini pada 1.42000.

Prospek terhadap pemulihan yang kuat juga turut mendorong kepada spekulasi daripada pasaran bahawa Bank of England (BOE) mungkin akan meningkatkan kadar faedah lebih cepat daripada dijangkakan.

Bukan itu sahaja, malah, dengan jumlah 18 juta rakyat di UK telah divaksin dan kesediaan negara itu untuk mempertimbangkan pelaksanaan pasport vaksin, ia telah menawarkan kekuatan tambahan buat dagangan pound.

Sementara itu, US dolar terus lemah setelah menerima tekanan daripada kenyataan dovish daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell memberitahu Kongres bahawa dasar monetari semasa diperlukan bagi menyokong pemulihan ke arah mencapai sasaran.

Fed juga kelihatan tidak bimbang dengan peningkatan inflasi baru-baru ini, malah mengatakan akan membiarkan ia sedikit lebih tinggi daripada sasaran 2% untuk beberapa waktu sebelum mengetatkan dasar.

Berbanding pesaing utamanya, dolar greenback terus didagangkan susut di sekitar harga 90.00.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat