Prestasi Hambar Pasaran Saham Global, Ekuiti Eropah Didagang Rendah

61

Pasaran saham Asia merosot pada Jumaat apabila kaunter-kaunter teknologi di Amerika Syarikat jatuh selepas kenaikan baru-baru ini. Walaubagaimanapun, keyakinan dalam pendapatan syarikat dan ekonomi global secara keseluruhan masih menyokong sentimen positif.

Pasaran saham Eropah selepas dua jam pembukaan bergerak lebih rendah yang dapat dilihat pada indeks Jerman DAX jatuh 0.68% setakat pukul 4.59 pm. Manakala CAC 40 di Perancis susut 1.34%.

STOXX 600 yang menggabungkan 600 kaunter saham di seluruh Eropah merosot 1.04% setakat ini, menunjukkan prestasi keseluruhan yang suram di Eropah ketika ini.

Indeks MSCI Asia Pasifik kecuali Jepun pula jatuh 1.1%, hampir memadam semua kenaikan yang direkod minggu ini, di mana Samsung Electronics sebuah syarikat terbesar di Asia berdasarkan modal pasaran jatuh 4.4% dalam penutupan hari ini.

Nikkei di Jepun merekod prestasi hambar apabila ditutup 0.6% lebih rendah pada Jumaat.

Di Wallstreet, Dow Jones sekali lagi mencapai paras tertinggi yang dibantu oleh lonjakan Verizon sehingga 7.7%. Namun, para pelabur agak terkejut dengan kejatuhan mendadak sektor teknologi dan pengangkutan. Sektor teknologi dalam S&P 500 jatuh sehingga 2% sebelum mengakhiri sesi dagangan dengan 0.8% lebih rendah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat