Preview Data Penting Inflasi (CPI) Amerika Syarikat Pukul 9.30 Malam

89

The Fed telah menaikkan kadar faedahnya sebanyak dua kali tahun ini dan jangkaan pasaran ketika ini Fed akan menaikkan sekali lagi kadar faedahnya pada Disember.

Walaubagaimanapun kenaikan kadar faedah di masa hadapan akan banyak bergantung kepada tren semasa inflasi.

Kenapa inflasi penting?

  • Ada dua mandat The Fed yang perlu dicapai iaitu kestabilan harga dan gunatenaga maksimum. Walaubagaimanapun kadar pengagguran ketika ini berada di paras terbaik yang menunjukkan gunatenaga maksimum di US sejajar dengan mandat bank pusat. Ini menjadikan inflasi sebagai fokus utama Fed dan pasaran.
  • Dengan jangkaan inflasi yang meningkat, The Fed diunjurkan akan menaikkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada 2017. Oleh itu, inflasi sebenar perlu meningkat mengikut jangkaan Fed untuk menjadikan kenaikan kadar faedah pada Disember lebih pasti. Sejak akhir-akhir ini terdapat kelemahan dalam data inflasi yang membimbangkan bank pusat sendiri.
  • Tambahan lagi, bacaan inflasi akan menjadi kunci utama kepada perbandingan nilai tukaran di kalangan ekonomi utama dunia.

Keadaan semasa kadar inflasi US

  • Inflasi US masih bergerak di bawah paras sasaran The Fed iaitu 2%.
  • Perubahan bacaan inflasi dari segi tahunan masih minimum.

Jangkaan pasaran

  • CPI US dijangka meningkat 0.1% (bacaan bulanan, m/m) dan meningkat 2% (bacaan tahunan, y/y)
  • Core-CPI dijangka meningkat 1.7% (bacaan tahunan, y/y)

Kenaikan bacaan inflasi (CPI) lebih daripada jangkaan dijangka akan melonjakkan potensi kenaikan kadar faedah pada tahun depan. Hal ini juga akan menyokong US Dolar jika data adalah positif pada Rabu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat