PREVIEW News Besar Bank of England, Satu Lagi Pergerakan Volatility Tinggi Malam Ini

2,169

Bank of England (BoE) akan mengumumkan polisi monetari terbarunya pada Khamis pukul 8 malam yang mana bank pusat dijangka mengekalkan kadar faedah di paras 0.50%.

Monetary Policy Committe (MPC) iaitu sebuah jawatankuasa penetapan polisi di bawah BoE juga akan mengeluarkan laporan suku tahunannya. Penting untuk pasaran meneliti laporan ini untuk mendapatkan kemaskini ramalan ekonomi terhadap ekonomi Britain.

Pemain pasaran perlu sedar bahawa event (peristiwa) seperti ini penting kerana ia adalah satu daripada penggerak utama matawang khususnya dalam kes ini adalah matawang GBP.

Walaupun kadar faedah dijangka kekal, pasaran akan mendapatkan isyarat daripada komen atau kenyataan yang dikeluarkan oleh MPC, kerana ia mungkin akan memberikan isyarat penting yang akan mencorakkan pendirian mereka sepanjang tahun 2018.

BoE menaikkan kadar faedahnya buat pertama kali pada November tahun lalu dengan mengatakan kenaikan kadar seterusnya adalah pada kadar yang terhad. Bank pusat hanya dijangka menaikkan kadar faedahnya pada penghujung tahun ini.

Walaubagaimanapun, halangan terbesar kepada kenaikan kadar faedah adalah ‘isu rundingan Brexit’ yang masih tidak menentu khususnya rundingan hubungan perdagangan antara UK-EU.

Apakah Jangkaan Yang Akan Berlaku Kepada Matawang GBP?

Mesyuarat kali ini adalah sangat penting. Jika BoE memberi komen yang lebih hawkish pasaran akan bersedia dengan kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat. Ia seterusnya akan melonjakkan matawang GBP.

Namun, jika dalam sidang media, Gabenor Carney memberikan komen Dovish, ia akan mengecewakan pasaran seterusnya melemahkan matawang GBP.

Komen manakah perlu diberi perhatian?
Kenyataan polisi?
Laporan ekonomi suku-tahunan? atau
Sidang media Gabenor Carney?

Ketiga-tiga komen tersebut perlu diberi perhatian, khususnya laporan inflasi dalam sidang media oleh Gabenor Carney. Sebarang perubahan komunikasi berbanding sebelum ini akan menggerakkan pasaran forex secara signifikan.

Selain itu undian penetapan kadar faedah oleh MPC juga penting kerana ia berkemungkinan akan menjadi faktor awal menggerakkan matawang GBP. Pasaran akan melihat formasi undian sama ada terdapat jumlah undian yang signifikan memilih untuk menaikkan atau menurunkan kadar faedah sejurus polisi diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat