Preview News Besar ECB Malam Ini, Apakah Yang Akan Berlaku Kepada Euro?

83

Federal Reserve telah menaikkan kadar faedahnya dan pasaran akan berhadapan pula dengan penetapan polisi monetari oleh Bank of England (BoE) dan European Central Bank (ECB).

Untuk ECB, pasaran tidak menjangka sebarang perubahan dalam polisi pukul 8.45 malam pada Khamis. Pasaran akan lebih tertumpu kepada sidang media bersama Presiden ECB Mario Draghi pukul 9.30 malam.

Tumpuan pasaran ketika ini kepada persoalan tentang tempoh lanjutan rangsangan.

Berapa Lama Lagikah Rangsangan Monetari akan Diteruskan?

Seperti yang kita tahu ECB telah menetapkan dalam mesyuarat sebelum ini bahawa akan mengurangkan amaun pembelian bon kepada 30 billion Euro bermula Januari sehingga September 2018. Bank pusat meneruskan pembelian bon tetapi dengan amaun lebih rendah. Dalam masa yang sama ECB tidak mengatakan tempoh dan amaun pembelian (Januari – Sept 2018) itu adalah yang terakhir. Hal ini menunjukkan bank pusat masih terbuka dengan sebarang lanjutan pembelian bon selepas daripada tempoh itu.

Jika ECB menunjukkan isyarat jelas bahawa rangsangan akan dilanjutkan selepas daripada tempoh itu, matawang Euro akan melemah. Sebaliknya pula akan menyebabkan pengukuhan matawang Euro, jika bank pusat menunjukkan potensi lanjutan rangsangan itu adalah kecil.

Kini pemain-pemain pasaran mula membuat spekulasi sama ada bank pusat akan meneruskan pembelian bon selepas September. Tempoh spesifik untuk ECB menamatkan pembelian bon penting kerana ia akan memberi isyarat kenaikan kadar faedah untuk pertama kali dalam tempoh sedekad yang lalu.

Antara persoalan yang bermain di fikiran pelabur adalah tentang konsistensi ekonomi Zon Eropah.

Adakah Ekonomi Akan Terus Kekal di Landasan Positif?

Ekonomi Zon-Eropah sememangnya semakin kukuh dan persoalan tentang bilakah ECB akan berhenti mengepam tunai ke dalam ekonomi masih lagi menjadi persoalan.

Prospek ekonomi Zon Eropah akan semakin jelas malam ini semasa pembentangan unjuran ekonomi yang termasuk pertumbuhan dan inflasi. Jika penganalisis ekonomi menaikkan unjuran inflasi, ia akan meningkatkan jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah tidak lama lagi.

Jika unjuran inflasi dinaikkan oleh penganalisis ekonomi, ia akan menyokong matawang Euro dan begitu juga sebaliknya.

Menurut penganalisis ekonomi di Universiti Oxford, “Tumpuan penting adalah kepada unjuran ekonomi dalam mesyuarat Disember.”

 

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat