PREVIEW Penetapan Kadar Bank Pusat Eropah ECB Pada Khamis

87

Bank pusat Eropah (European Central Bank) akan mengumumkan polisi terkini mereka pada Khamis pukul 7.45 pm waktu Malaysia, di mana Presiden Draghi akan mengadakan sidang media pukul 8.30 malam.

Seperti juga perkembangan politik di UK dengan pilihanraya umum pada Khamis, penetapan kadar ECB tidak kurang pentingnya dengan jangkaan pasaran ketika ini bahawa bank pusat akan mengurangkan kecenderungan kepada pelonggaran dalam kenyataan mereka.

Mesyuarat kali ini akan menjadi mesyuarat yang penting di mana Draghi selaku Presiden perlu menetapkan nada bank pusat bagi separuh kedua tahun 2017. Berbanding separuh pertama tahun ini, bank pusat banyak memberikan panduan yang ‘dovish’ kepada pasaran terutamanya Presiden Draghi. Selain itu, pasaran juga akan mendapat maklumat lebih lanjut tentang apakah yang difikirkan oleh bank pusat sehingga tahun 2018.

Dalam mesyuarat kali ini, peluang bagi bank pusat mengubah polisi adalah begitu kecil, tetapi ada peluang bank pusat akan mengubah kenyataan mereka dalam panduan kehadapan (forward guidance).

Bank pusat juga akan mendapat hasil kajian oleh staf bank pusat, oleh itu pegawai-pegawai ECB akan menggunakan kajian atau projection ini sebagai asas dalam membuat formulasi panduan polisi.

Pegawai -pegawai ECB juga dijangka akan begitu berhati-hati dalam membuat perubahan kepada panduan di dalam kenyataan awal kerana kebimbangan mereka kepada reaksi berlebihan oleh pasaran. Hal ini sudah tentu melonjakkan Euro jika kenyataan tidak dibuat dengan teliti apabila ia melibatkan perubahan kenyataan daripada dovish kepada hawkish.

Laporan yang terkini yang didapati daripada sumber yang mengetahui perkara ini mengatakan, “akan terdapat perubahan dalam kenyataan dengan mengurangkan kecenderungan pelonggaran dalam panduan ke hadapan (forward guidance).”

Komen terhadap ‘tapering‘ juga akan menjadi perhatian utama pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat