Preview Ringkas Data Tumpuan Matawang GBP Pukul 4.30 Petang Ini

612

Untuk matawang GBP, pasaran pada hari ini akan memberi tumpuan kepada data jualan runcit (retail-sales) yang akan dikeluarkan pada pukul 4.30 petang. Jangkaan untuk data kali ini adalah kenaikan sebanyak 0.8% iaitu peningkatan yang dijangka daripada kemerosotan 1.2% sebelum ini.

Pasaran akan fokus dengan teliti kepada data ini untuk melihat sama ada terdapat kenaikan semula selepas kejatuhan yang agak besar pada Mac.

Perkara yang boleh menjadi panduan kepada ‘retail trader’ adalah kenaikan bacaan melebihi daripada jangkaan pasaran 0.8% akan membantu kenaikan matawang GBP. Manakala bacaan yang meleset daripada jangkaan tersebut akan menyebabkan matawang GBP tertekan.

Dengan perubahan yang begitu besar daripada -1.2% kepada jangkaan kenaikan 0.8%, bacaan sebenar dilihat mudah meleset daripada jangkaan. Di sinilah para trader perlu berhati-hati dalam trading, khususnya bagi mereka yang gemar trade semasa data dikeluarkan.

Kenapa data ini penting? Pengguna di UK membentuk sebahagian besar daripada ekonomi Britain dan pengukuhan jualan runcit biasanya dilihat sebagai isyarat kepada kenaikan dalam pertumbuhan ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat