PREVIEW Ringkas News Besar Data Inflasi (CPI) UK Pukul 5.30 Petang Ini

1,020

Minggu lalu beberapa data ekonomi utama telah dikeluarkan dengan tiga bank pusat utama menetapkan polisi monetari termasuk Bank of England (BoE). Minggu ini pula pasaran forex akan lebih menumpukan kepada data inflasi khususnya dari UK yang akan dikeluarkan pukul 5.30 petang ini.

Sudah tentu data harga pengguna (CPI) ini penting kerana ia akan menjadi pemangkin terbaru untuk BoE menaikkan kadar faedahnya jika bacaan melebihi jangkaan 2.9%.

Data inflasi atau harga pengguna (CPI) UK telah mencapai paras tertinggi 3.1% pada November, namun jatuh semula ke paras 3% pada Disember. Pasaran menjangka inflasi akan terus menyusut beberapa bulan akan datang berikutan kesan daripada undian brexit telah beransur pulih dengan nilai Sterling kini juga telah membuat kenaikan hampir dengan kadar tukaran pada Jun 2016.

Selepas komen hawkish Bank of England (BoE) minggu lalu, potensi kenaikan kadar faedah untuk bulan Mei akan datang semakin meningkat. Walaubagaimanapun, ia akan banyak bergantung kepada bacaan inflasi semasa di mana penetapan polisi masih lagi bergantung kepada data-data ekonomi seperti yang ditegaskan oleh BoE. Jangkaan untuk data kali ini adalan kenaikan 2.9% berbanding 3% yang dicatat pada Disember.

Tiga senario kepada matawang GBP:

#1 Bacaan melebihi jangkaan 2.9% – Matawang GBP akan melonjak selepas data dikeluarkan

#2 Bacaan sejajar dengan jangkaan 2.9% – Pengukuhan matawang GBP agak terhad.

#3 Bacaan kurang daripada jangkaan 2.9% – Matawang GBP dijangka jatuh selepas data dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat