Program Pelonggaran Kuantitatif Oleh ECB Ini Pasti Akan Dihentikan! : Benoit Coeure

47

Ahli lembaga eksekutif Bank Pusat Eropah, Benoit Coeure, mengatakan bahawa program pelonggaran kuantitatif oleh Bank Pusat Eropah akan dihentikan pada masa yang sesuai. Namun begitu, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan terhadap kesan pembelian bon secara besar-besaran tersebut.

Pandangan itu disuarakan oleh Coeure kepada CNBC pada Jumaat.

Beliau juga mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk memulakan perbincangan mengenai program ini.

Pada Khamis, ECB telah memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak berubah disamping mengharapkan penambahbaikan terhadap data pertumbuhan dan inflasi.

Pada bulan Disember, jumlah pembelian asset oleh ECB telah dikurangkan kira-kira satu perempat dari jumlah keseluruhan kepada kira-kira 60 Billion Euro ($64.04 Billion) berbanding yang telah ditetapkan pada bulan April. Program ini juga dijangka akan berlanjutan sehingga akhir 2017.

Stok Minyak Mentah US Meningkat Pada Minggu Berakhir 13 Januari

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat