Stok Minyak Mentah US Meningkat Pada Minggu Berakhir 13 Januari

46

The Energy Information Administration (EIA) atau Pengurusan Informasi Tenaga di US melaporkan inventori minyak mentah yang meningkat sebanyak 2.3 juta tong pada minggu berakhir 13 Januari berbanding 7.1 juta pengurangan pada minggu sebelum itu.

Jumlah inventori berada 6.3% melebihi stok tahun lalu di paras 485.5 juta.

Data ini dikeluarkan setiap minggu oleh The Energy Information Administration (EIA) yang mengira perubahan dalam inventori minyak di US setiap minggu. Ia dikeluarkan selepas empat hari minggu tersebut berakhir.

Manakala dalam data American Petroleum Institution (API) yang dikeluarkan sebelum ini mencatatkan pengurangan 5 juta tong pada Rabu.

Jumlah import ke US pula berjumlah 8.4 juta tong sehari secara purata, berkurang sebanyak 674,000 tong dari minggu lepas.

Manakala purata input pengeluaran setiap hari berjumlah 639,000 tong, kurang daripada minggu sebelum dan merekodkan purata input kepada hampir 16.5 juta tong sehari.

Minyak West Texas intermediate (WTI) ketika ini didagangkan di sekitar $52.23 setong naik dari paras terendah Khamis $51.02, manakala minyak Brent didagangkan pada harga $54.31 semasa artikel ini ditulis naik dari paras terendah $53.90.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat