Projek Kripto ‘Diem’ Nafi Ada Kaitan Dengan Facebook & Wallet Novi

304

Projek stablecoin, Diem yang dikaitkan dengan Facebook pada hari ini menyangkal dakwaan hubungannya dengan rangkaian media sosial terbesar dunia susulan amaran daripada barisan senat Amerika Syarikat (AS).

Sebagai rekod, CEO Mark Zuckerberg telah menerima surat daripada senat termasuk pengkritik kripto, Elizabeth Warren, menggesa pelancaran stablecoin, Diem dan wallet kripto, Novi dihentikan.

Ekoran daripada itu, Diem menjelaskan:

“Diem bukan Facebook. Kami merupakan organisasi bebas dan Novi Facebook cuma salah satu daripada dua belas ahli Diem Association. Pengujian Novi bersama Paxos tiada kaitan dengan Diem.”

Namun begitu, adakah cukup penjelasan ini untuk membubarkan kebimbangan senator AS?

Baru-baru ini wallet Novi telah melancarkan kerjasama dengan Coinbase, termasuk diuji bagi penggunaan di AS dan Gautemala. Pengujian itu melibatkan pembelian, pengiriman, dan penerimaan Pax Dollars (USDP) menerusi akaun Novi.

Manakala Diem, sememangnya dari awal dikaitkan dengan Facebook memandangkan idea stablecoin bermula daripada platform gergasi ini pada 2017.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Kewangan Facebook, David Marcus merupakan pengasas bersama dan ahli lembaga Diem Association.

Dituduh “tidak boleh dipercayai” menerusi surat kiriman senat, Diem mendakwa ketika stablecoin ini dilancarkan, ia akan diedarkan kepada pengguna dengan jaminan sistem pembayaran yang selamat, bersama perlindungan pengguna dan akan menangani jenayah kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat