Proses Rundingan Brexit : Ini Jawapan Balas Hammond Terhadap Gesaan Parlimen Sebelum Ini

29

Sebelum ini, May digesa untuk membuktikan pendapat beliau dengan membuat satu penilaian ekonomi terhadap kesan sekiranya Britain meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa sebarang perjanjian.

Menteri kewangan Britain, Philip Hammond berkata pada Selasa bahawa kerajaan British sedang mengkaji pelbagai kesan yang berpotensi terjadi daripada rundingan Brexit yang akan datang. Namun begitu, beliau enggan menyatakan sama ada pihaknya telah menjalankan analisis ekonomi secara terperinci atau sebaliknya.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, pihak parlimen menggesa Theresa May melampirkan bukti bahawa ketiadaan sebarang perjanjian perdagangan adalah lebih daripada perjanjian yang tidak membawa sebarang manfaat.

Mengulas gesaan terbabit, Hammond mendakwa bahawa potensi sebarang kesan yang bakal muncul akibat Brexit sentiasa dinilai oleh kerajaan “sepanjang masa”.

Namu begitu, beliau enggan mengulas lanjut sama ada potensi yang dimaksudkan tersebut mengambil kira analisis yang mendalam atau tidak.

Memetik kenyataan Hammond kepada Sky News semasa lawatan ke India, penilaian yang terperinci di dalam senario yang berbeza langsung tidak membantu rundingan.

Peningkatan Risiko Politik Menutup Sinar Logam Berharga Dalam Sesi Ini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat