Putin Gagal, Ukraine Terus Mara Rampas Semula Tanah!

545

Usaha Presiden Vladimir Putin untuk meningkatkan ancaman perang baru-baru ini tampaknya gagal apabila tentera Ukraine terus mara merampas kembali kebanyakan wilayah yang ditakluk Rusia.

Memetik kepada laporan Reuters, tentera Ukraine berhasil menawan semula beberapa kampung di sepanjang Sungai Dnipro pada Isnin dalam kejayaan terbesar mereka di selatan sejak perang bermula.

Kejayaan itu mencerminkan kemaraan Kyiv walaupun Rusia telah cuba meningkatkan kepentingan dengan merampas wilayah, mengerahkan tentera simpanan dan mengancam tindak balas nuklear.

Malah, Ukraine juga membuat kemajuan ketara di dua daripada empat wilayah yang didakwa Rusia sebagai miliknya selepas referendum yang dilaksanakan menunjukkan kemenangan berpihak kepadanya.

Bagaimanapun, Ukraine dan negara barat yang lain tidak mengiktiraf kemenangan tersebut dengan mengecamnya sebagai palsu.

Sementara itu, Presiden Volodymyr Zelensky mendakwa tentera Ukraine telah merampas kembali bandar-bandar di beberapa kawasan, tetapi tidak memberikan sebarang butiran mengenainya.

Bercakap dalam sebuah video, Zelensky berkata pusat penduduk baharu telah dibebaskan di beberapa wilayah dan pertempuran hebat sedang berlaku di beberapa sektor hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat