Raja Matawang Gagal Kekalkan Keuntungan Pada Sesi Eropah!

566

Raja matawang kembali menyusut ketika jangkaan pasaran untuk Federal Reserve (Fed) mengurangkan rangsangan semakin mereda setelah diperlihatkan oleh bacaan data inflasi AS yang mengecewakan.

Memasuki sesi Eropah, indeks dolar didagangkan merosot 0.2% pada 92.45 berbanding kebanyakan matawang utama.

Bacaan inflasi pada bulan Ogos berada di bawah jangkaan dengan indeks harga pengguna tidak termasuk harga makanan dan tenaga hanya meningkat 0.1% yang menunjukkan tekanan kenaikan inflasi mulai berkurang.

Terdahulu, beberapa pembuat dasar Fed pernah mengisyaratkan bahawa bank pusat AS akan mengurangkan pembelian bon pada akhir tahun ini.

The Wall Street Journal juga melaporkan pada Jumaat lalu bahawa para pembuat dasar akan mencari kesepakatan untuk memulakan pengurangan pada bulan November.

Namun, laporan pekerjaan NFP yang lebih lemah daripada dijangkakan dan pengurangan tekanan inflasi telah menimbulkan keraguan pasaran menjelang mesyuarat polisi Fed pada minggu depan.

Berbeza dengan AS, inflasi UK melonjak tinggi pada 3.2% jauh meninggalkan sasaran Bank of England (BOE), menyebabkan pasaran mula menjangkakan bank pusat akan meningkatkan kadar faedah lebih cepat.

Sementara itu, matawang euro didagangkan stabil dengan terus berlegar di sekitar harga 1.1800, menyusuli penyusutan yang dicatatkan US dolar pada sesi Eropah.

Dolar loonie pula sedikit berubah ketika tumpuan pasaran kini beralih kepada data inflasi Kanada yang akan diterbitkan pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat