Ramalan Harga Emas XAU/USD: Mampukah Emas Menguji $2,050?

838

[Artikel Tajaan]

Emas masih lagi diniagakan di dalam fasa “consolidation” di antara paras harga $2,040 – $2,030.

Pasaran emas pada pembukaan sesi hari ini dilihat telah hampir mencapai paras harga $2,030 dan dilihat mampu memberi ruang terhadap pelabur emas untuk menguji semula rintangan $2,040.

Pada sesi pasaran New York semalam, pasaran dagangan saham-saham dunia dilihat telah melonjak naik berikutan laporan kewangan yang kukuh di dalam sektor tersebut.

Hal ini dapat dilihat memberikan tekanan terhadap Dollar Amerika. Selain itu juga faktor dan tekanan risiko geopolitik turut juga mampu mendokong kenaikan harga emas.

Namun begitu, hari ini beberapa data pekerja seperti U.S Jobless Claims dan persidangan oleh beberapa ahli Fed dilihat akan memberikan nafas baru terhadap hala tuju pergerakan pasaran emas.

Sebarang kenyataan “Hawkish” oleh ahli komiti Fed dan data pekerjaan yang positif bakal menekan harga emas untuk diniagakan lebih rendah.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, harga emas dilihat masih lagi diniagakan berhati-hati di paras harga $2,030-$2,040. Jika paras $2,040 mampu dipecahkan, $2,050 dilihat akan menjadi penghalang utama.

Namun jika $2,030 gagal dipertahankan, harga emas dijangka akan menguji pada paras harga $2,000.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat