Ramalan Harga Emas XAU/USD: Mampukah FOMC Menolak Naik Harga Emas?

1,648

[Artikel Tajaan]

Pasaran emas pada sesi pembukaan asia hari ini telah didagangkan tenang sebelum berlangsungnya mesyuarat FOMC yang dijadual akan berlangsung pada jam 2.00 pagi Khamis.

Pasaran kini lebih cenderung menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah pada paras semasa untuk mesyuarat kali kelima berturut-turut.

Tumpuan utama pada pagi nanti tertumpu terhadap laporan ringkasan unjuran ekonomi Fed bagi unjuran suku kedua 2024,  di mana ia akan mendedahkan sama ada data ekonomi negara Amerika yang kini  kukuh bakal berterusan sekaligus mendorong Fed untuk mempertimbangkan semula hasrat mereka untuk melaksanakan pemotongan kadar faedah dan sekiranya kadar inflasi pada tahun 2024 masih kekal di atas paras 2.0%.

Senario dagangan pasaran pada mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung itu nanti dilihat sekiranya Fed memberikan nada  hawkish dalam ucapannya, ia sekaligus akan meningkatkan lagi permintaan terhadap matawang dolar.

Dan sekiranya ucapan yang bernada hawkish yang bakal diberikan oleh Jerome Powell bersifat konsistensi ia berkemungkinan akan mengehadkan reaksi pasaran. Walau bagaimanapun, sebarang ulasan dan nada bercampur-baur (hawkish/dovish) mampu mencetuskan turun naik pasaran yang sangat ketara.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, formasi “pattern bull-flag” telah dilihat jelas terbentuk yang kini didagangkan disekitar paras harga $2,156.

Jika emas dilihat melakukan kenaikan ketara, $2,195 dilihat bakal menjadi penghalang utama.

Namun jika paras harga tersebut mampu dipecahkan, harga emas dilihat mampu diniagakan tinggi sekurang-kurangnya sehingga ke paras $2,250.

Sementara jika sebaliknya, paras harga $2,130 bakal diuji. Sekiranya paras tersebut berjaya dipecahkan, emas dijangka mampu diniagakan lebih rendah sehingga ke paras $2,110.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat