Ramalan Harga Emas XAU/USD : Sentimen Pasaran Terkini

2,544

[Artikel Tajaan]

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan semalam telah memberikan kesan terhadap sentimen semasa pasaran. Sebelum ini pemain pasaran telah melihat dan menilai pengurangan kadar faedah akan dilaksanakan oleh Fed seawal Mac 2024. Namun laporan minit mesyuarat telah menunjukkan bahawa Fed melihat pengekalan kadar faedah yang lebih panjang harus dilaksanakan akan tetapi tidak menolak perlaksanaan pengurangan kadar faedah pada tahun 2024. Hal ini sekaligus menimbulkan tanda tanya terhadap pasaran mengenai tempoh atau waktu sebenar perlaksanaan kadar faedah yang akan dijalankan.

Faktor di atas telah menyumbang terhadap peningkatan permintaan di dalam pasaran “US Treasury Yield” di mana ia turut juga mengurangkan permintaan terhadap pasaran emas. Pasaran kini akan tertumpu terhadap pengeluaran data pekerjaan utama U.S Nonfarm Payrolls (NFP) pada hari jumaat ini.

Situasi Terkini Pasaran Buruh Amerika
Berdasarkan laporan data pekerjaan yang telah diterbitkan semalam, pembukaan peluang pekerjaan di negara itu telah dilihat menyusut ke paras terendah sejak tahun 2021. Ia memberikan maklumat bahawa jumlah pekerja yang berhenti dilihat telah berkurang dan manakala permintaan pekerjaan turut menurun. Hal ini telah memberikan bukti bahawa pasaran buruh di Amerika di ambang “Cooling Labor Demand”. Jumlah pekerjaan telah menurun sebanyak 8.79 juta berbanding laporan yang lepas iaitu 8.85 juta.

Tumpuan Data Hari Ini
Malam ini laporan data pekerjaan ADP (laporan pekerjaan sektor swasta) dan initial jobless claims akan menjadi tumpuan. Data malam ini dilihat akan menjadi petunjuk utama selepas pengeluaran JOLTS semalam terhadap NFP esok.

Masa Data Jangkaan Sebelum
8.30pm Challenger Job Cuts(Dec) 45.51K
9.15pm ADP Employment Change(Dec) 115K 103K
9.30pm Initial Jobless Claims(Dec 29) 216K 218K

 

Analisa Teknikal

Resistance become support”  (RBS) di paras harga $2050 dilihat akan menjadi tumpuan harga pasaran emas. Jika harga emas terus ditolak di bawah paras harga tersbut $2030 bakal diuji. Namun ia tidak menolak kemungkinan untuk emas terus didagangkan rendah sehingga ke paras $2000.
Jika paras harga $2050 berjaya ditembusi, $2065 akan menjadi rintangan pertama sebelum paras harga $2078 diuji sekali lagi.

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat