RBA Teruskan Kenaikan Kadar Faedah, Beri Petunjuk Baru Untuk Pelabur!

235

Reserve Bank of Australia (RBA) meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas untuk kali keempat berturut-turut pada mesyuarat polisi September.

Ini sekali gus membawa kadar faedah semasa ke paras tertinggi 7 tahun pada 2.35% dengan lebih banyak pengetatan dijangka akan dilakukan pada masa akan datang untuk memerangi inflasi.

Penggubal dasar mengulangi kenyataan bahawa mereka akan meningkatkan lagi kadar dalam beberapa bulan akan datang, tetapi ia tidak mengikut laluan yang telah ditetapkan kerana saiz dan masa akan dipacu oleh data yang masuk.

Namun, berbeza dengan kenyataan sebelum ini bahawa langkah kenaikan kadar adalah untuk menormalkan dasar monetari Australia, RBA mengubahnya kepada membantu membawa inflasi ke sasaran.

Ia juga untuk mewujudkan keseimbangan permintaan dan penawaran yang lebih mampan dalam ekonomi Australia, di mana kestabilan harga adalah prasyarat untuk pengukuhan ekonomi dan pertumbuhan guna tenaga penuh yang mampan.

Penganalisis melihat peralihan ‘normalisasi’ kepada ‘kestabilan harga’ menunjukkan kadar faedah kini berada pada wilayah neutral, tetapi memandangkan tiada perubahan dalam panduan ke hadapan, ia akan terus menyampaikan kenaikan kadar selagi diperlukan.

Dalam pada itu, ia juga akan memberi perhatian kepada sebarang tanda kemerosotan dalam pertumbuhan ekonomi global akibat pengetatan monetari di banyak negara, perangi Rusia-Ukraine dan penutupan Covid-19 dan cabaran dasar lain daripada China.

Reaksi susulan dolar Aussie menyaksikan mata wang itu gagal memanfaatkan keputusan RBA, dengan kekal didagangkan di bawah paras harga 0.6800 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat