RBNZ Kekalkan Kadar, Nzd/Usd Menjunam Lebih 100 Pip!

27

Bank pusat New Zealand (Reserve Bank of New Zealand, RBNZ) mengekalkan polisi monetari sedia ada di mana pegawai-pegawai bank pusat memilih untuk mengekalkan kadar faedah di paras terendah bagi menyokong inflasi dan pertumbuhan ekonomi.

Dalam mesyuaratnya pada Khamis, RBNZ masih mengekalkan ‘cash rate’ di paras 1.75% sejak November.

Dalam laporannya pagi tadi RBNZ menyatakan, “Jangkaan pertumbuhan ekonomi kekal positif yang disokong oleh rangsangan monetari semasa, pertumbuhan populasi yang kukuh, paras perbelanjaan isirumah yang tinggi dan juga aktiviti pembinaan.”

Keputusan pengekalan polisi hari ini telah dijangka oleh pasaran di mana majoriti penganalisis melihat RBNZ hanya akan memulakan pengetatan polisi secara beransur-ansur pada awal 2018. Dengan inflasi di negara ini telah melebihi sasaran dan ekonomi berkembang dengan baik, ramai yang melihat RBNZ akan mengetatkan kadar dalam jangka masa sederhana di masa hadapan.

Apa yang mengejutkan pasaran dalam kenyataan bank pusat adalah, RBNZ masih lagi mengekalkan panduan (guidance) bahawa mereka tidak akan menaikkan kadar faedah sehingga lewat 2019.

Ramai penganalisis berpendapat keputusan bagi mengekalkan panduan (guidance) tersebut adalah sukar dijelaskan dengan inflasi New Zealand ketika ini telah meningkat. Inflasi kini menaik ke paras 2.2% pada suku pertama lebih tinggi dari jangkaan bank pusat 1.5%. Ia juga adalah kali pertama RBNZ mencapai kadar di titik pertengahan sasaran 1%-3%.

Petunjuk ekonomi yang lain juga menunjukkan tekanan kos yang semakin meningkat. Jangkaan inflasi jangka panjang dalam kalangan perniagaan domestik juga meningkat pada kadar yang tinggi pada suku pertama dalam laporan bank pusat minggu lalu.

Berikutan pengekalan panduan tersebut, Nzd/Usd menjunam lebih dari 100 pip sejurus data dan kenyataan bank pusat dikeluarkan pukul 5 pagi tadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat